Friday 11 November 2011

Mengenali Jin

salam ukhwah kepada sahabat ku.. cerita mengenai jin belum tamat lagi.. mungkin saya jarang update blogger ni sebab ingin memastikan segala pen-carian saya tepat ataupun sebaliknya.

saya berterima kasih kepada TEAM ALAM JIN yang banyak membantu saya untuk mengenali latar belakang Jin.
SEGALA PEMBETULAN AMAT LA DIPERLUKAN SEKIRANYA ADA SALAH FAKTA
untuk pengetahuan anda, jin juga seperti manusia iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tak soleh, ada yang alim lagi mukmin, ada yang kufur, murtad, faisk dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang masuk neraka pada hari akhirat nanti.

mejoriti puak2 Jin terdiri dari golongan Jin kafir. golongan Jin kafir ini beragama yahudi, kristian, komunis, dan sangat sedikit dari golongan mereka yang beragama budha dan majusi. terdapat golongan Jin yang tidak beragama. golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan jin.

Jin juga terdiri dari tingkat2 iman, ilmu dan amalan tertentu berdasarkan keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah s.w.t. antaranya jin islam yang bertaraf awam sahaja, Jin islam
yang di tingkat Khawas, dan Jin islam yang berada ditingkat Khawasil-khawas. Walaupun Jin islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya, serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi ada pada diri mereka sifat2 mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebangainya. tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

mungkin inilah yang dikatakan " sebaik2 jin itu, adalah sejahat2 manusia yang fasik" Tetapi yang perbezaannya manusia yang paling jahat susah menerima teguran yang baik.

tahukah anda, golongan Jin Islam dan jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagia-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia2 yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan Khawasil-khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula yang datang kepada mereka untuk bersahabat.

cukup sampai disini sajalah info mengenai alam Jin. jika da info ataupun fakta yang baru, Insyaallah saya akan kongsikan dengan anda. jika ada tersalah, tolong perbetulkan, bantuan anda amatlah di hargai. 

terima kasih.
assalamualaikum

0 comments: